Monday 12 October 2020

MQA

Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.

MQA berperanan melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

Dengan penubuhan MQA, LAN telah dibubarkan dan kakitangan pada masa tersebut diserapkan ke dalam MQA.

Dengan visi untuk menjadi sebuah autoriti global dalam jaminan kualiti pengajian tinggi dan misi untuk mewujudkan satu sistem jaminan kualiti yang diterima pakai di peringkat antarabangsa, MQA kini telah bersedia untuk menerokai sempadan-sempadan baharu dalam jaminan kualiti pengajian tinggi.

MQA

Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan   Akta Agensi K...